Azab kubur adalah Benar

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta”

(Surah Taha: 124 )

“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang
(semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat
(diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikutpengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”.

(Surah Ghafir: 46)
“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain
daripada azab yang tersebut”.

(Surah At-Thuur: 47)
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali  (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)!”

(Surah at-Takathur: 1-3)

 

Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat  Imam Muslim dan al-Bukhari)
Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab
disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat Imam  al-Bukhari)

 

 

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”.

(Hadis riwayat Imam Muslim)

 

Daripada Zaid bin Sabit menceritakan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melintasi beberapa kubur, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang mengetahui mayat-mayat di kuburkan ini?
Seorang Lelaki menjawab: “Saya”.
Baginda bertanya: “Bilakah mereka mati?
Lelaki itu menjawab: “Mereka mati ketika dalam kafir”.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya umat ini akan dicuba di dalam kuburnya. Jika tidak kerana kamu tanamkan (mayat-mayat) ini nescaya aku memohon kepada Allah supaya kamu diperdengarkan daripada azab kubur sebagaimana aku dengar daripada kubur-kubur ini. Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya kepada kami dan bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab neraka”.
Mereka berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada azab api neraka”.
Baginda bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab kubur”.
Mereka berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur”…
(Hadis riwayat  Imam  Muslim)

 

Riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, katanya:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur.
Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa besar yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah buah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut.
Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian?
Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.


(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu meninggal dunia akan dibentangkan kepadanya tempat duduk pada waktu pagi dan petang. Sekiranya dia ahli syurga maka dia penghuni ahli syurga dan sekiranya dia ahli neraka maka dia adalah penghuni ahli neraka.
Lalu dikatakan kepadanya: “Inilah tempat dudukmu sehingga Allah membangkitkan engkau semula di hari Kiamat”.

(Hadis riwayat  Imam Bukhari)

 

Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa agar dilepaskan  dari azab kubur setiap kali selepas solat.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يدعو :

(( اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر ، ومن عذاب النار، ومن فتنة المحيا والممات ، ومن فتنة المسيح الدجال )) رواه البخاري

Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa: “ Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, dari azab api neraka, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal”.

Hadis riwayat Imam Bukhari rahimullah.

“Sesungguhnya Nabi Muhammad saw menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar Al-khattab r.a. bertanya: “Adakah akan dikembalikan akal-akal kita (di dalam kubur kelak)?” Nabi menjawab: “Ya, ia akan dikembalikan sebagaimana keadaan kamu sekarang”.

 (Riwayat  Imam  Ahmad No 6603, 2/172: Ibnu Hibban, 7/387 Majma’ Zawaid, 3/47)

“Sesungguhnya di alam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat daripadanya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa’ad bin Muadz (seorang sahabat nabi yang hebat).” 

(Riwayat  Imam  Ahmad dan disahihkan oleh  Imam  Ibnu Hibban)

 

قالت عائشة رضي الله عنها : فما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم بعد صلى صلاة إلا تعوذ من عذاب القبر .

Aisyah r.a berkata :Aku  tidak pernah melihat Rasulullah saw selepas solat melainkan meminta perlindungan dari azab kubur

Hadis sahih riwayat Imam Bukhari